Mummy & YOU

Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, March 27, 2012

resepi baru... :D

wow!!! ni la gara2 kalo asik2 nak mkn eskerem jerk!
sudah nya kang naik kencing manis mummy...oh tidak!!!!

jom kongsi resepi....rasa mcm nak try la...huhuhu...

Ini dia resepi HAND made tutti fruttiiiii....( save cost beb!! )


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 300g strawberi
  • 2 cawan plain yogurt
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 sudu besar madu

Cara-cara

  1. Buang tangkai/daun stawberi. Ramas kasar-kasar.
  2. Yogurtstrawberryfrozen1
     Campurkan strawberi dengan semua bahan-bahan lain. Bekukan dalam freezer. Kacau setiap 1 jam selepas dimasukkan ke dalam freezer. Kalau nak cepat beku masukkan campuran tadi ke dalam bekas besi/tin.




JOM buat!!! hehehe
Selamat mencuba 

Wednesday, March 21, 2012

Menu utk Ibu kencing manis ketika mengandung.


Menu Untuk Pesakit GDM (Kencing Manis Ketika Hamil)

Sarapan Pagi (6.30-9.00 Pagi)

Susu segar (Boleh minum susu anmum, dua sudu besar untuk satu mug)
Quaker oat (4 sudu besar)
Bihun goreng ( Dua senduk rata- Tambahkan sawi celur)
Roti gandum penuh (Bersama mentega)
Nestum (Bukan 3 in 1)
Sekeping capati dengan kuah dal

Minum Pagi (10.00-11.00 Pagi)

Biskut lemak (4 keping)
Kuih pedas atau kurang manis (2 ketul)
Air suam (Boleh minum the atau kopi tetapi tidak digalakkan)

Makan Tengah Hari / Makan Malam

Nasi putih (2 senduk)
Sayur berdaun hijau (1 senduk)
Ikan (seekor setengah)
Ayam (Seketul)
Daging (2 ketul Saiz kotak mancis)
Tauhu sumbat
Tempe
Air suam
Air soya
Buah-buahan (Epal hijau, betik, limau)

Banyakkan makan bayam, sawi, kalian, broccoli yang dicelur atau dikukus)
Sebaiknya ikan diambil setiap hari
Daging (sebulan sekali)
Telur (Dua biji seminggu)
Ayam (Dua minggu sekali)
Seafood (seminggu sekali)
Air soya (Jangan beli yang dalam kotak, lebih baik buat sendiri) 

Makanan Yang Patut Dielakkan

Gula
Gula melaka
Coklat
Jem
Madu
Sirap
Aiskrim
Biskut-biskut yang manis
Susu pekat
Minuman ringan
Gula-gula jeli

Makanan Yang Patut Dikurangkan

Nasi
Roti
Ubi kentang
Ubi keledek
Ubi kayu
Jus
Kelapa
Daging kambing
Buah-buahan jeruk
Bahan-bahan tenusu

Makanan Yang Boleh Dimakan Dengan Bebas

Serbuk lada
Rempah-rempah
Serbuk kari
Cecair – air,the, kopi,jus tomato dan limau, sup cair
Sayur-sayuran – kacang panjang, kobis, bawang, timun, lobak merah, kangkong, sawi,cendawan, bayam,tomato,bunga kobis, kacang bendi,terung, ketola.

** ikhsan kak enku bidan blog*

sedikit ilmu utk d kongsi...


Kencing Manis Semasa Hamil (Gestational Diabetes)

Ramai wanita mengalami kencing manis semasa hamil. Ia adalah keadaan dimana badan kita tidak berupaya untuk memproses gula dalam badan, menyebabkan badan tidak dapat makanan yang secukupnya. Sekiranya kencing manis tidak dirawat, ia boleh menjadi serius dan membahayakan bayi dalam kandungan. Sekiranya tidak dapat dikawal dengan baik, bayi mungkin menjadi terlalu besar dalam rahim meyebabkan kesukaran untuk melahirkan dan boleh menjurus kepada pembedahan ceasarean.
Wanita yang mempunyai risiko selalu diuji samada mereka mengalami kencing manis atau tidak selalunya pada kandungan 28 minggu. Pada masa ini uri mengeluarkan hormo dengan banyaknya dan menyebabkan gula kebal kepada insulin.

Risiko-Risiko

Beberapa faktor yang boleh menjurus kepada kencing manis semasa mengandung. Anda akan mempunyai risiko yang tinggi sekiranya: 
  1. Anda pernah mengalami kencing manis semasa kandungan terdahulu.
  2. Berlebihan berat badan
  3. Wanita yang lebih berusia
  4. Wanita yang mempunyai penyakit darah tinggi
  5. Wanita yang pernah menlahirkan bayi 4 kg keatas
  6. Wanita yang mempunyai ayah dan ibu yang mengidap kencing manis

Bagaimana Ia Dirawat?

Anda perlu mengawal tahap gula dalam darah. Ini dilakukan dengan mengamalkan diet yang optimal. Kurangkan pengambilan karbohidrat sementara makan makanan yang mengandungi banyak vitamin dan zat galian, seperti sayur-sayuran dan bijirin. Amalkan senaman setiap hari.
Sekiranya gula masih tidak dapat dikawal, doktor mingkin menyarankan pengunaan insulin. 97-98% wanita yang menalami kencing manis semasa mengandung akan kembali normal selepas bersalin. Walaubagaimana, segelintir dari mereka mempunyai risiko untuk mengalamikecing manis semasa lebih berusia. Sekiranya anda mampu untuk mengawalkan kencig manis ini semasa hamil, peluang untuk mendapat anak yang sihat adalah tinggi.




------------------------------------------------------------------------------------------------------

OH NO!!!!!

kencing manis ketika hamil..... antara tajuk paling hot utk hari ni....

Pagi tadi g checkup amik drh utk kali kedua ... sampai d KK Bukit Kuda dah jam 8pg....tekan number, ting! 2033, number sekarang 2009 - hamboi!!! lama lagi nok....tunggu la jugak ngan penuh kesabaran...tekak dah mula kembang nak telan air gula tu...aduhai......jam930 number 2033 naik...hulur la tgn utk di cucuk...lps tu minum air gula....mak ai! naper tekak aku kembang ni!!!1 kompem la tggi ni...*dlm hati*
telan la jugak sampai habis segelas air gula tu....glup2 ..selesai....
Lepas 2 jam kene dtg balik....1130 aku masuk balik KK bukit kuda....amik darah lagi n selesai...boleh balik ke opis.....jam 1215 aku sampai d opis....dlm hati berkira2 kot2 naik rating aku....tp aku rasa naik sbb aku mkn cookies+buah jeruk mlm tadi..boleh luper plak!!

Masa 1st time amik darah result aku ok...
puasa---> amik darah---> 4.1--->minum air gula--->puasa 2 jam ---> amik darah---> 6.8  ...Ok la kan...

jam 330ptg..nurse d KK rantau panjang kol...  "farra....kencing manis awk tinggi niiii!" - kuatnya suara dia ckp..mcm cemas sgt2....aku tny tinggi tu brp.. puasa---> amik darah ---> 5.8 ---> minum air gula---> puasa lagi 2 jam---> amik darah ---.>8.2...
tgk dlm buku pink tu normal below 7.8...ala...sikit jer pon nak kata tinngi....aih1 buat aku stress jer....
siap kata aku kene attend ceramah kat GH klang..lps tu amik drh 4 kali lagi....amboiiiii...kalo aku ni suri rumah takper...aku ni kjer swasta la pulaknyer.....grrrrr.....esk kene g amik surat d KK rantau panjang..nk bg tau la aku tabole g....semak sungguh...tenseion ....grrrrrr..
Ni la akibat melantak bauh jeruk asam + cookies kat opis smlm...adoi!! lps ni kene control la...

terus sms hubby...hubby kata takyah g la,klo dah kene byk kali nak amik drh tu...leceh...
tp apa alasan nak bagi kat KK tu nanti? outstation time2 nak sarat ni? omg la kan....aduh! pening stress tiba2.....benci la.....aih!!!